- Dalam mengendalikan sistem kewangan islam, pengendalian dan perlaksanaannya mestilah selari dengan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Syariah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
- Penglibatan dalam soal jual beli mesti memenuhi Rukun dan Syarat jual beli iaitu:
i) Penjual dan Pembeliii) Ijab dan Qabul – akad (singhah)
iii) Barang dan Harga – Ma’qud Alaih
Kontrak Muamalat Islam
- Islam menitikberatkan akad dalam soal jual beli. Akad merupakan satu kontrak iaitu bukti kerelaan yang berlaku di antara penjual dan pembeli.
- Dengan kontrak ini kita boleh mengetahui samaada urusan atau kegiatan yang berlaku menepati hukum atau tidak. Selain itu ia juga menjelaskan kerelaan antara kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) dalam menerima segala implikasi yang timbul pada masa akan datang.
Jenis-Jenis Kontrak Muamalat Dalam Industri Takaful
i) Tabarru’ - pemberian, hadiah atau sumbangan
- Iaitu peserta bersetuju dengan hati yang ikhlas agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu peserta lain yang lebih memerlukan.
ii) Mudharabah - kontrak perkongsian.
- Ia melibatkan modal dari pihak peserta takaful dan pengusaha dari pengendali takaful.
iii) Wakalah - penyerahan tanggungjawab
- Peserta takaful mewakilkan tanggungjawab pengurusan kepada pengendali takaful.
iv) Qardh Hasan – pinjaman tanpa faedah
- Peminjam hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam tanpa membayar faedah. Walau bagaimanapun peminjam digalakkan membayar lebih mengikut budibicara mereka dan in dibenarkan oleh hukum syarak.
v) Hibah - hadiah
- Walaupun konsep Qard Hasan dibenarkan, peminjam digalakkan membayar lebih mengiku budi bicara mereka. Bayaran lebihan ini dikenali sebagai Hibah(hadiah) kepada peminjam sebagai ucapan terima kasih.
Unsur-Unsur Yang Dilarang Dalam Takaful
i) Gharar’ – ketidakpastian
-Boleh membatalkan akad disebabkan oleh wujud ketidakpastian dan keraguan terhadap maklumat sesuatu barang.
- Gharar terbahagi kepada 3 jenis:
* Gharar Fahisy ( banyak)
- Cth : perlindungan insuran utk kandungan berusia 1 minggu (fetus)
- Boleh membatalkan akad jual beli kerana kedudukan fetus itu sendiri tidak jelas.
* Gharar Yasir ( sedikit)
- Cth : menjual kedai berserta perabot yg tidak dijelaskan perabotnya secara terperinci
- Tidak membatalkan akad.
* Gharar Mutawassit ( sederhana)
- Merupakan gharar diantara fahisy dan yasir
- Tidak membatalkan akad.
- Walaupun Gharar tidak dibenarkan di dalam jual-beli, majoriti fuqaha mensyaratkan 3 perkara yang membolehkan gharar daripada berlaku iaitu:
* Ia dalam kuantiti yang kecil dan sedikit.
* Urusniaga itu diperlukan oleh masyarakat
* Ia tidak mampu dielakkan melainkan dengan kesusahan yang diikriraf oleh syarak
ii) Maisir - judi
- Ia diharamkan oleh Syarak kerana keuntungan yang diperolehi dengan cara yang mudah tanpa perlu berusaha.
iii) Riba - pertambahan
- Islam mengharamkan peminjaman hutang untuk mendapat keuntungan. Ini bertujuan untuk melindungi golongan peminjam.
- Riba terbahagi kepada 2 jenis:
* Riba Qurudh
- berlaku melalui hutang atau pinjaman.
* Riba Buyu’
- berlaku melalui jual beli
- contohnya ke atas barangan ribawi (emas, perak, gandum, barli, tamar & garam mestilah menepati 2
syarat iaitu:
~ Tukaran mesti sama dengan timbangan
~ Dilakukan secara tunai dan dalam majlis akad.
iv) Qardh Hasan – pinjaman tanpa faedah
Peminjam hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam tanpa membayar faedah. Walau bagaimanapun peminjam digalakkan membayar lebih mengikut budibicara mereka dan ini dibenarkan oleh hukum syarak.
v) Hibah - hadiah
Walaupun konsep Qard Hasan dibenarkan, peminjam digalakkan membayar lebih mengiku budi bicara mereka. Bayaran lebihan ini dikenali sebagai Hibah(hadiah) kepada peminjam sebagai ucapan terima kasih dan bertujuan untuk kelangsungan keadaan sosioekonomi kedua-dua belah pihak.