Definisi Takaful
- Kata Dasar takaful ialah “kafala” yang bermaksud: menjamin, menjaga dan memelihara.
- Kata Nama takaful ialah “takafala” yang bermaksud : Saling menjamin, saling menjaga & saling memelihara.
- Secara kesimpulannya: Takaful merupakan satu skim berasaskan persaudaraan, perpaduan & bantuan. Ia bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada peserta yang mempunyai persetujuan yang sama dalam bentuk maksud dan sumbangan sekiranyan berlaku sesuatu musibah .
Konsep Takaful
- Ia berkonsep Ta’awun - saling bekerjasama- Secara kesimpulannya: Takaful merupakan satu skim berasaskan persaudaraan, perpaduan & bantuan. Ia bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada peserta yang mempunyai persetujuan yang sama dalam bentuk maksud dan sumbangan sekiranyan berlaku sesuatu musibah .
Konsep Takaful
Falsafah Takaful
- Falsafah takaful berdasarkan kontrak Tabarru’ - pemberian, hadiah atau sumbangan.
- Iaitu peserta bersetuju dengan hati yang ikhlas agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu peserta lain yang lebih memerlukan.
Kenapa Perlu Beralih Kepada Takaful
i) Manafaat Fizikal:Kenapa Perlu Beralih Kepada Takaful
Peserta lebih yakin sekiranya menghadapi musibah – mereka layak dapat bantuan daripada dana takaful.
Kaedah “Tabarru” (pemberian, hadiah atau sumbangan) yang menitikberatkan sifat tolong-menolong di atas segala musibah yang dihadapi pada masa akan datang dengan sumbangan/dana yang terkumpul.
iii) Tidak Bercanggah Hukum Syariah
Skim takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 iaitu satu penubuhan Jawatankuasa Syariah perlu ditubuhkan untuk member panduan kepada pengendali takaful supaya mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang bertentangan hukum syarak.