Pengendali Takaful Di Malaysia

Mengikut Akta Takaful 1984, Jenis-Jenis Pengendali Takaful di Malaysia

a) Mengikut Struktur Pengurusan
i) Takaful Tijari (Takaful Komersil)
  Pengurusan skim- dikendali oleh entiti berasingan i.e pengendali takaful

ii) Koperasi (Takaful Bersama)
 Pengurusan skim – diuruskan oleh peserta sendiri.

b) Mengikut Jenis Peniagaan
 i) Takaful Keluarga
   Perlindungan dan tabungan jangka panjang untuk peserta dan tanggungan mereka daripada  kematian, kehidupan atau hilang upaya.
Contoh: Insurans nyawa

ii) Takaful Am
Perlindungan jangka pendek atas kerosakan atau kerugian benda dan liability.
Contoh: Insuran kereta, insuran harta benda


Komponen Utama Dalam Industri Takaful

i) Peserta Takaful – Pencarum/pemegang polisi
- Terdiri daripada individu, organisasi perniagaan&korporat, syarikat-syarikat awam, badan-badan kerajaan dan separa kerajaan.
- Mereka mencarum sejumlah wang dalam satu kumpulan yang bersama untuk membantu ahli-ahli yang mengalami kerugian atau kerosakan.


ii) Pengendali Takaful – Pentadbir/pengurus wang takaful
- Bertindak sebagai pemegang amanah untuk dikendalikan secara mudhrabah (perkongsian) dan wakalah (peyerahan tanggungjawab) berlandaskan undang-undang Islam & Syariah.

- Mesti mempunyai pengurusan dan sistem maklumat yang efisyen dari segi:
   a) Teknikal
      -Mempunyai kakitangan yang mahir dengan latihan yang baik untuk membentuk pakar dalam teras
       perniagaan takaful - bidang actuarial, pengunderitan, pelaburan, pembangunan produk dan tuntutan.

   b) Syariah
      -Adanyan Jawatankuasa Syariah yang mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk memastikan
       perniagaan menepati hukum Syariah.

   c) Teknologi Maklumat
     -bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dari segi maklumat, ketepatan masa sistem laporan
      kewangan dan memantau keadaan pengendali takaful.

- Sumber pendapatan pengendali takaful ialah:
   a) Keuntungan pelaburan Kumpulan Wang Pemegang Saham
   b) Keuntungan pelaburan Kumpulan Wang Takaful
   c) Lebihan kumpulan wang takaful
   d) Bayaran (fi) agensi /wakalah


iii) Saluran Pengantara – Agen/Broker berlesen dibawah Akta Takaful 1984
- Merupakan orang tengah antara peserta dan pengendali takaful.
- Ia bertujuan untuk menepati keperluan peserta takaful dengan produk yang ditawarkan oleh pengendali takaful. Mereka ialah:

     a) Agen Takaful
        - Mesti lulus peperiksaan Asas Agen Takaful
        - Mesti mendaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (PTM)
        - Boleh beroperasi secara sambilan atau sepenuh masa.
        - Ia mewakili pengendali takaful dari segi pemasaran dan perkhidmatan produk.
        - Komisyen diterima daripada pengendali takaful
        - Mewakili 2 syarikat takaful AM dan Hanya 1 syarikat Takaful Keluarga sahaja pada satu-satu masa.

     b) Broker Takaful
        - Tidak sama dengan agen takaful
        - Lesen diperolehi daripada Ketua Pengarah Takaful
        - Merupakan ahli Persatuan Broker-Broker Insurans Malaysia (IBAM)
        - Mempunyai lesen dan ditubuhkan sebagai badan korporat

        - Broker dibawah lesen Akta Takaful 1984
                  : Modal berbayar minimunRM500,000
                  : Insurans indemniti (perlindungan takaful)
                   - melebihi Rm500,000
                   - bertujuan untuk melindungi kecuaian dan salah-laku semasa menasihati pelaggan
        - Broker dibawah lesen Akta Takaful 1984 & Akta Takaful 1996
                  : Modal berbayar minimunRM600,000
                  : Insurans indemniti (perlindungan takaful) - melebihi RM1 juta

        - Ia adalah pengantara sepenuh masa yang dilantik oleh peserta takaful
        - Tidak terikat dengan pengendali takaful
        - Mewakili pelanggan komersil yang mahukan pelan takuful yang kompleks.
        - Broker akan berunding dengan pengendali takaful pelan-pelan yang bersesuaian
        - Dan juga melakukan semua urusan tuntutan pampasan dan gantirugi pengendali takaful.


     c) Banktakaful
        - Pengagihan produk takaful melalui saluran agihan yang ditubuhkan oleh bank


     d) Adjuster
        - Pengantara pengendali takaful yang akan menyiasat tuntutan dan nilai kerugian yang wujud
       -  Juga mencadangkan penyelesaian tututan peserta takaful