i) Gharar (ketidakpastian)
- Apabila tidak berlaku tuntutan, pihak syarikat insuran akan mendapat segala keuntungan manakala pihak pembeli tidak mendapat sebarang keuntungan walaupun ianya berasaskan konsep jual beli.
- Oleh itu ia dikira haram disebabkan oleh kelemahan dan keburukan yang timbul iaitu ketidakpastian (gharar), kesamaran (jahalah) dan unsur perjudian – dimana wujudnya pergadaian dan pertaruhan.
ii) Maisir (judi)
- Para ulama bersepakat sekiranya sesuatu perkara itu mengandungi gharar, maka dengan sendirinya unsur maisir itu akan wujud.
- Seperti dalam insurans konvesional, keuntungan atau kerugian disebabkan oleh tuntutan menyebabkan hanya satu pihak yang mengalami keuntungan. Keadaan ini seolah-olah bergantung pada nasib yang disebabkan oleh ketidakpastian (gharar). Maka dengan keuntungan nasib- bayaran pampas an ini menjadikan isurans konvensional sebagai satu perjudian dan pertaruhan.
Maisir (judi) dalam insurans wujud apabila:
** Peserta membayar premium yang kecil tetapi mengharapkan pulangan wang besar jumlahnya pada masa akan dating.
** Peserta akan kehilangan wang premium sekiranya tiada berlaku apa-apa terhadap perkara yang dilindungi.
** Syarikat Insurans akan menanggung kerugian sekiranya bayaran tuntutan melebihi jumlah premium yang diberikan oleh peserta.
iii) Riba
- Keuntungan pihak syarikat banyak melibatkan unsur-unsur riba. Sebagai contoh: sekiranya berlaku kelewatan pembayaran premium, pemegang polisi akan dikenakan bunga mengikut kadar tertentu.
- Bukan itu sahaja malah keseluruhan simpanan tabungan wang syarikat insurans dilaburkan kepada pelaburan yang tidak diluluskan oleh hukum syarak dimana ia melibatkan riba dan elemen inlah digunakan untuk membayar pampasan kepada pemegang polisi.
Kesimpulan Perbezaan Di Antara Insurans Takaful & Konvensional
Takaful
- Mematuhi Hukum Syarak
- Ada Majlis Pengawasan Syariah
- Bebas dari riba, gharar dan maisir
- Jaminan dari kerjasama peserta atas konsep tabarru – pemberian,hadiah
- Urusniaga berasaskan tabarru, mudharabah dan wakalah
- Pengendali takaful hanya pengurus tabung. Tiada jaminan akan datang diberikan.
- Keuntungan dikongsi bersama mengikut konsep mudharabah diantara pengendali takaful dan peserta.
Konvensional
- Tidak mematuhi hukum syarak
- Tiada Majlis Pengawasan Syariah
- Berdasarkan jual-beli
- Terlibat dalam riba, gharar dan maisir
- Jaminan daripada syarikat atas faktor komersil
- Syarikat insurans merupaka pemilik tabung. Ada jaminan diberikan.
- Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.