Perjalanan hidup dan masa

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Adakah kita mampu meramal apa yang terjadi pada masa akan datang? 

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.
1) Masa Muda sebelum Tua,
2) Masa Sihat sebelum Sakit,
3) Masa Kaya sebelum Papa,
4) Masa Lapang sebelum Sibuk dan
5) Masa Hidup sebelum Mati.

Dari Umar r.a.: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau dari masa mati engkau.

Setiap yang bernyawa sekiranya dipanjangkan umur oleh Allah S.A.W pasti akan melalui usia tua. Apabila umur meningkat,  peratusan untuk mengidap penyakit berbahaya yang memerluka kos perubatan yang tinggi semakin meningkat. Mampukan kita untuk membayar bil perubatan sebanyak RM30,000 setahun untuk rawatan buah pinggang? Secara logiknya, kita mampu berhutang untuk membeli kereta dan rumah kediaman tetapi adakah kita mampu lagi berhutang sekiranya tiada pekerjaan dan terpaksa menaggung bil perubatan yang semakin meningkat? Bekalkan diri anda dengan kad perubatan Prudential BSN Takaful.


Tujuan Perlindungan Prudential BSN TAKAFUL diwujudkan adalah:

(a) Menyediakan dana pendapatan keluarga sekiranya anda meninggal dunia
(b) Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
(c) Menyediakan dana tabung tambahan untuk persaraan.
(d) Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
(e) Menyediakan dana penyakit kritikal
(f) Mengelakkan daripada berhutang apabila ditimpa musibah.
(g) Melindungi aset atau perniagaan
(h) Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
(i) Melakukan amal jariah.
(j) Mengurangkan cukai pendapatan.


Kita tidak pernah berdoa atau berharap untuk berhadapan dengan musibah pada masa kini atau pada masa akan datang. Tetapi ini adalah salah satu perlindungan dan perancanan bijak kita untuk masa akan datang. Bertindaklah segera dengan mengambil perlindungan Prudential BSN Takaful sebelum 5 perkara ini terjadi:-

(a) Sihat sebelum Sakit
(b) Muda sebelum tua
(c) Hidup sebelum mati
(d) Kaya sebelum miskin
(e) Lapang sebelum sempit


Sekadar Renungan Kita:
Dari Ali r.a.:
Sesungguhnya dunia ini telah berangkat membelakangi, dan sesungguhnya akhirat itu berangkat mandatangi dan bagi kedua-duanya ada putera-puteranya. Maka jadilah kamu dari putera-putera akhirat dan janganlah kamu jadi dari putera-putera dunia. Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan, sedang esoknya hari perhitungan dan tiada amal.